Bina "Mental Resilience" Dalam Diri Anak
Written By: Ilyani Rosmadi
July 23, 2023
Mental anak cepat koyak?
Zaman sekarang ini, anak tak boleh kena tegur sikit. Bila ditegur, anak terus merajuk, murung, memberontak. Benda yang paling kita risaukan sekarang bila anak sudah m berani untuk mengelar tangan sendiri dan mengugut untuk membunuh diri! .
Apa yang tak kena sebenarnya?
Kenapa anak zaman sekarang tak boleh nak lalui stress hidup macam mana kita dulu-dulu?
Sampaikan mak ayah jadi risau kalau anak tengah lalui stress. Risau mereka akan buat benda yang bukan-bukan.
Tapi, mak ayah tak akan ada untuk anak-anak untuk menyelesaikan masalah mereka untuk selama-lamanya!
Mental resilience
Bila anda dalam kesusahan, adakah anda akan berusaha untuk bangun semula atau anda akan hancur dan memilih untuk lari dari dunia realiti?
Mental resilience atau ketahanan mental akan menentukan sama ada kita boleh menghadap sebarang masalah atau ujian seperti masalah kewangan, masalah rumahtangga, kehilangan orang tersayang, gagal dalam peperiksaan, cabaran dalam pembelajaran dan banyak lagi.
Jika mental resilience kita lemah, kita akan cenderung untuk memilih jalan yang kurang sihat contohnya seperti mengurung diri dalam bilik, mencederakan diri, memaki hamun, menyebarkan kejahatan orang dalam media sosial dan akhirnya cuba untuk mengambil nyawa sendiri.
Ketahan mental yang lemah hanya akan mendorong kita untuk lari atau menyalahkan diri atau orang lain.
Jadi, bagaimana untuk ibu bapa memupuk mental resilience yang kuat dalam diri anak-anak mereka?
Kesalahan mak ayah zaman sekarang
As a typical mother, worry is what I always feel.
Memang hari-hari tak terlepas dengan ayat-ayat ini..
"Abang! Jangan buat macamtu!"
"Adik! Turun! Nanti jatuh!"
"Abang! Cawan tu panas. Jangan pegang nanti jari sakit"
"Adik! Abang! Bagi playdoh tu dekat mommy. Adik ambil separuh, abang ambil separuh. Dah. Jangan gaduh-gaduh"
Siapa selalu guna skrip yang sama macam saya?
Siapa tahu yang skrip ini sebenarnya tak berapa bagus untuk kematangan mental anak-anak?
YA! Ayat-ayat ini tak elok untuk kita selalu gunakan pada anak-anak.
Memang nampak macam kita mak ayah yang baik, caring, tegas, pandai jaga anak, sayang anak dan sebagainya. Tapi, kita kurang beri anak pendedahan tentang bagaimana untuk hadap stress, risiko dan menyelesaikan masalah.
Macam mana nak anak membesar dengan kesihatan mental yang kuat kalau macam itu betul tak?
Salah satu skill yang kita perlu ajar anak adalah skill untuk bounce back from hardship secara selamat dan sihat.
Masalah di sekolah, masalah dengan kawan-kawan, stress siapkan assignment, bergaduh dengan pasangan, masalah kewangan, rejections, frustrations dan sebagainya
Anak-anak perlu tahu bagaimana untuk atasi dengan baik dan bukannya meletup dan memilih untuk maki hamun, sebar masalah di media sosial, kelar tangan dan lain-lain.
Tips mengajar anak tentang mental resilience
Jadi, macam mana nak menjadi mak ayah yang risaukan anak dan pada masa yang sama nak anak ada ketahanan mental yang baik?
1. Bila ternampak anak buat sesuatu yang berbahaya, jangan terus melarang. Perhatikan jenis "bahaya" tersebut. Kalau keburukannya tak serious, biarkan anak mencuba apa yang dia mahu.
2. Kurangkan beri ramalan kepada keadaan yang boleh terjadi. Jangan terus cakap "Adik, jangan angkat mainan banyak2 nanti terlanggar dinding". Tangan anak yang penuh dengan mainan takkan tercedera kalau terlanggar dinding, jadi biarkan anak merasanya sendiri.
3. Try not to quickly solve the crisis. Bila anak-anak sedang bergaduh, kita perhatikan dari jauh dahulu. Lihat bagaimana mereka sendiri cuba untuk selesaikan pergaduhan mereka..selagi tidak melibatkan pergaduhan secara fizikal.
Bila kita fikirkan balik, kita sendiri pun dah lalui semua itu masa zaman kecil dulu.
Lagi-lagi bila bermain dengan kawan-kawan. Bergaduh pun kita mesti berbaik semula walaupun tak libatkan mak ayah kita betul tak?.
Disebabkan kanak-kanak zaman sekarang makin kurang peluang untuk bermain di luar dengan kawan-kawan, jadi makin kuranglah peluang untuk mereka belajar kemahiran-kemahiran penting sebegini.
Sebab itu, mak ayah boleh amalkan teknik-teknik ini dengan anak-anaksendiri di rumah dan terutamanya ketika anak cuba untuk explore benda baru.